Wednesday, January 7, 2009

Pusat Pendidikan Ilham Bestari (Permulaan Kerjayaku)

Pusat Pendidikan Ilham Bestari adalah sebuah sekolah swasta yang memberikan khidmat pendidikan yang terbaik di Teluk Intan. Diterajui oleh bekas cikgu sekolah menengah, Tuan Haji Azahar B Bahari, kini Ilham Bestari mampu membuka cawangan2 di dalam negeri Perak. Cawangannya terdapat di Hutan Melintang dan Manjung. Sebarang pertanyaan atau pendaftaran untuk memasuki Ilham Bestari, boleh merujuk terus ke Cikgu Azahar di talian 016-542 3455.

Aku start keja kat Ilham Bestari pada 7/7/2008..,dari situ bermula la kerja aku sbgai tenaga pengajar dan aku mula berurusan dengan pelbagai ramai pelajar dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Dari situ aku mula mengenali pelbagai ragam manusia yang membuatkan aku tersenyum, menangis, geli hati dan terpesona. Kadang2 membuatkan aku terfikir keseorangan mengenai gelagat manusia yang membuatkan aku rasa matang dalam segala tindak tanduk n matang dalam membuat segala keputusan.

Perasaan aku mula rasa gembira bila buat pertama kali anak murid aku, pelajar Tingkatan 3 PLC 2008 memanggil aku cikgu. Terasa diri dihormati dan dengan itu aku bersemangat mengajar anak2 murid sehingga mereka menduduki peperiksaan percubaan akhirnya menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar. Dalam byk2 anak murid aku yang Tingkatan 3 ni, ada seorg pelajar yang agak lemah dengan Matematik sehinggakan aku kehabisan idea bagaimana ntuk membantu dia dalam Matematik sekurang2nya aku ingin dia lulus Matematik. Pernah juga dia mengalah atau "fed up" dengan Matematik sehinggakan aku memujuk dan meyakinkannya bahawa Matematik adalah satu bidang yang agak senang untuk difahami dan menyeronokkan. Dan akhirnya dengan berkat kesabaran aku dan juga kegigihan pelajar tersebut, alhamdullah dia dapat buat yang terbaik dalam PMR. Cumanya aku tak dapat nak hubunginya ntuk mengetahui bagaimana keputusan PMR yang baru diumumkan. Aku doakan dia mendapat keputusan yang cemeralang terutamanya subjek Matematik. Itu la cabaran aku ketika mengajar pelajar Tingkatan 3 PLC(Program Lonjakan Cemerlang).

Bila aku pertama kali mengajar pelajar2 dari skolah rendah,aku berasa amat penat melayan karenah mereka. Kelas pertama untuk sekolah rendah yang aku ajar ialah kelas Tahun 5 di Ilham Bestari cawangan Manjung. Ketika itu aku berasa amat tercabar kerana aku terpaksa berdepan dengan pelbagai mcm karenah pelajar. Ada yang menjerit, ada yang berlari dan juga ada yang bermain2 dengan kawan2nya. Sebagai tenaga pengajar, aku tak boleh biarkan keadaan itu berterusan. Dengan kesabaran dan semangat yang kental untuk mengajar, aku berjaya mengawal kelas dengan baik dan alhamdullah pengajaran aku berjaya difahami oleh anak murid aku di Manjung. Ketika dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan, aku berasa penat tapi hati aku puas kerana dapat mengajar di Manjung.

1 comment:

  1. Salam, sy nak tnye kat mne Pusat Pendidikan Ilham Bestari ni ye?? sy ade tmuduga keje esk kat sini.tp x tau kt mne nak cari pusat ni...Harap blh ban2 sy...tq.. :)

    ReplyDelete