Monday, May 18, 2009

Minggu-Minggu Terakhir di UiTM Seri Iskandar

Pilu rasanya bila ingin meninggalkan UiTM Seri Iskandar setelah aku memberi khidmat selama 1 semester di UiTM. Apakan daya,,aku tiada lagi Master untuk aku terus memberi khidmat aku di sini. Selepas ini aku akan memulakan khidmat aku di kolej bersekutu UiTM iaitu Kolej Uniti, Pasir Panjang, Negeri Sembilan.

Bila mengenang kembali kenangan aku di UiTM, aku pasti akan mengimbau kenangan aku semasa aku mengajar pelajar2 sains kuantitatif kump SK3A dan SK2B, pelajar2 sains geomatik kump SUG02 dan pelajar2 sains komputer CS2c dan CS2D. Aku sangat2 seronok mengajar di sini sebab aku dpat mencurahkan pengalaman dan pengetahuan aku di dalam bidang matematik n akhirnya apabila keputusan Calculus(subjek yg aku ajar) kuar,,seramai 37 daripada 69 pelajar yang mengambil calculus 1 mendapat A dan aku sgt2 berbangga dengan keputusan tu. Aku berharap mereka dapat mengunakan pengetahuan calculus 1 untuk menempuh calculus 2 pada semester yang akan datang. semoga mereka dapat meneruskan kecemerlangan di dalam akademik.

No comments:

Post a Comment